Assalamualaikum kepada diri aku.
Hari ini aku menitiskan airmata aku. Nak tahu sebab apa? Puan Nor'aini Bte Hassan telah pulang ke 'Rahmatullah' pada 26 Februari 2013 akibat kanser.
Aku kenal cikgu masa form 4 sebab dia guru yang mengajar kelas 4 Kemanusiaan Ikhtisas 1 (4KI1) dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Cikgu seorang yan baik hati :3. Dulu, masa aku nak iron baju cikgu cakap kat semua budak2 air penyembur tu air bunga mawar. Disebabkan aku ni selenge sikit aku pegi amik air tu pastu sembur kat muka xD. Cikgu pandang aku pas2 dia ketawa. Ya Allah, malu giler aku masa tu. Tapi cikgu Nor'aini ibarat ibu aku yg kedua. Nak tahu sbb apa? Beliau selalu tegur jika buat salah dan nasihat jika kami buntu. Beliau juga pembimbing dan juga semangat kepada kami. Aku pernah ponteng kelas tambahan sbb nak tolong mak aku siap2kan barang dapur tu akk aku kahwin. Kerja sekolah tak siap dan markah aku mula menurun. Satu hari, cikgu srh kita orang stayback tp aku bg alasan sbb nak tolong mak aku. Masa cikgu cakap " Masa depan awak lebih penting dari perkahwinan kakak awak. Kalau dia dah nikah lepas tu awak ada dapat apa2? Saya buat kelas tambahan sebab nakkan masa depan awak cerah. Awak balik awak fikir2kan apa yang saya cakap." Masa tu aku menangis teresak2 sampai tersedu2. Aku nak belajar tp dalam masa yang sama aku nak tolong mak aku sbb dia tak kuat sangat. Apa yg cikgu ckp tu betul... Mmg lepas akk aku kahwin aku x dpt apa2 cuma aku gembira sbb akk aku dah kahwin dgn pilihan hati dia.
Masa memasak akulah orang yang paling HAPPY sbb cikgu suka makan kek kukus yang aku buat. Cikgu siap minta aku nak bawa balik rumah. Hati aku berbunga2. " Kek awak sedap walaupun mcm gunung yang tak siap." Aku senyum sampai tahu mcm mana nak buat biasa balik. -Cikgu puji kek aku- ? mcm tak percaya tp itulah kenyataannya.
Result SPM keluar cikgu Nor'aini orang yang paling gembira sebab 40 orang murid kelas 4 KI 1 TIDAK GAGAL dalam subjek ERT walaupun ada yang dapat markah rendah. Syukur Alhamdullilah, aku dapat B+ sedangkan peperiksaan bulanan aku tak pernah dapat B. Itulah semangat dan cikgu yang tak pernah putus mendoakan anak2 cikgu supaya berjaya. Aku amat berterima kasih pada cikgu kerana mengajar kami walaupun perangai kami masa tu mcm budak2 yg menyakitkan hati cikgu. Kesabaran cikgu mengajar dan mendidik kami amatlah besar.
TERIMA KASIH CIKGU NOR'AINI.
Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







No comments:
Post a Comment