BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 14 April 2013

My Beloved Teacher I Ever Had

Assalamualaikum kepada diri aku.
Hari ini aku menitiskan airmata aku. Nak tahu sebab apa? Puan Nor'aini Bte Hassan telah pulang ke 'Rahmatullah' pada 26 Februari 2013 akibat kanser.
   Aku kenal cikgu masa form 4 sebab dia guru yang mengajar kelas 4 Kemanusiaan Ikhtisas 1 (4KI1) dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Cikgu seorang yan baik hati :3. Dulu, masa aku nak iron baju cikgu cakap kat semua budak2 air penyembur tu air bunga mawar. Disebabkan aku ni selenge sikit aku pegi amik air tu pastu sembur kat muka xD. Cikgu pandang aku pas2 dia ketawa. Ya Allah, malu giler aku masa tu. Tapi cikgu Nor'aini ibarat ibu aku yg kedua. Nak tahu sbb apa? Beliau selalu tegur jika buat salah dan nasihat jika kami buntu. Beliau juga pembimbing dan juga semangat kepada kami. Aku pernah ponteng kelas tambahan sbb nak tolong mak aku siap2kan barang dapur tu akk aku kahwin. Kerja sekolah tak siap dan markah aku mula menurun. Satu hari, cikgu srh kita orang stayback tp aku bg alasan sbb nak tolong mak aku. Masa cikgu cakap " Masa depan awak lebih penting dari perkahwinan kakak awak. Kalau dia dah nikah lepas tu awak ada dapat apa2? Saya buat kelas tambahan sebab nakkan masa depan awak cerah. Awak balik awak fikir2kan apa yang saya cakap." Masa tu aku menangis teresak2 sampai tersedu2. Aku nak belajar tp dalam masa yang sama aku nak tolong mak aku sbb dia tak kuat sangat. Apa yg cikgu ckp tu betul... Mmg lepas akk aku kahwin aku x dpt apa2 cuma aku gembira sbb akk aku dah kahwin dgn pilihan hati dia.
    Masa memasak akulah orang yang paling HAPPY sbb cikgu suka makan kek kukus yang aku buat. Cikgu siap minta aku nak bawa balik rumah. Hati aku berbunga2. " Kek awak sedap walaupun mcm gunung yang tak siap." Aku senyum sampai tahu mcm mana nak buat biasa balik. -Cikgu puji kek aku- ? mcm tak percaya tp itulah kenyataannya.
   Result SPM keluar cikgu Nor'aini orang yang paling gembira sebab 40 orang murid kelas 4 KI 1 TIDAK GAGAL dalam subjek ERT walaupun ada yang dapat markah rendah. Syukur Alhamdullilah, aku dapat B+ sedangkan peperiksaan bulanan aku tak pernah dapat B. Itulah semangat dan cikgu yang tak pernah putus mendoakan anak2 cikgu supaya berjaya. Aku amat berterima kasih pada cikgu kerana mengajar kami walaupun perangai kami masa tu mcm budak2 yg menyakitkan hati cikgu. Kesabaran cikgu mengajar dan mendidik kami amatlah besar.

                                             TERIMA KASIH CIKGU NOR'AINI.
Terima Kasih

Tuesday 10 January 2012

My Friend (Norni) :")

Assalamualaikum...
     Hari ni birthday sahabat aku (Norni)... walaupun dia dah tiada di dunia tapi aku selalu merinduinya.... Dia pergi masa aku tak sempat nak minta maaf, masa aku dengki dengan dia.. Ye, aku memang kawan yang teruk !! Memang aku tak setanding dengan dia... Aku akui dia memang baik sangat2.... Tapi aku??? Aku tak patut buat dia macam tu... Aku memang jahat !!
    Maafkan aku... walaupun dh terlambat , maafkan aku....

            Ingat lagi masa sekolah rendah, semua tak nak kawan dengan aku sebab aku nie selekeh !! Tapi bila dia masuk dalam dunia aku, barulah aku kenal erti SAHABAT.... Masa 2 ramai yang tak suka dia kawan dgn aku tapi Norni buat tak tahu saja..... Aku gembira sangat2 masa 2.... Aku betul2 bersyukur dengan kehadiran dia yg menyinarkan hidup aku sehingga sekolah menengah...


       Tapi hati aku teruk sangat sampai aku taknak tengok muka dia....Aku lupa siapa yang selalu berada dgn aku kalau aku ada masalah, menangis, suka, ketawa, gembira ~~~ Semuanya aku lupa sebab aku dengki.... Aku langsung tak menghargai dia.... Aku teruk !!  Kalau aku nangis sekali pun, airmata itu takkan boleh menghapuskan perasaan yang aku cipta sendiri...DENGKI


       KENAPA aku biarkan dia bila dia memerlukan .. !! Kenapa?? Dia tak buat salah atau silap dgn aku....Tapi !!! Aku menangis bila kau pergi kali terakhir, aku tak ada dengan kau....aku betul2 menyesal dan sedih......

Pada sesiapa yg ada sahabat, jagalah mereka seperti anda menjaga berlian anda.... Jikalau berlian itu terguris sedikit tidak siapa yang tahu.... mungkin apa yang aku tulis korang takkn faham...tapi hanya itu yang aku mampu ungkap kan....

                                                                                                                          Sekian, Terima Kasih :")

Saturday 7 January 2012

TogeTheR ~~ HappY :D

Comelkan patung ni....
  Nak tahu tak apa yang istimewa bila aku tengok patung nie
Bagi aku, mereka selalu bersama tidak kira susah tau senang...
  hehe~~ bukan senang bagi gorl zaman sekarang nak cari macam nie...dan sebaliknya..
Beruntunglah siapa yang dapat macam 2... Happy Always but bohong kalau aku cakap mereka tak gaduh!! ><
   Dan dengan cara itu, hubungan kita semakin kukuh jikalau kita saling bertolak ansur dan lagi satu....jangan terlalu cemburu atau marah membabi buta sebab selagi belum ada ikatan kamu tak berhak nak mengongkong dia ...tapi dengan cara menasihati :DD
    Cehh!! macam lah pros sangat !! :P
Yang penting saling mempercayai... Kan kan kan ;)

Tuesday 3 January 2012

^_^ Weii~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum...

Hari ni memang penat sangat-sangat ><. Di tambah pula dengan anak buah yang sememangnya kuat cakap...LOL, memang x tahan dengan perangai dia orang. Anak buah baby yang kecil lagi...Ya Allah ya tuhan ku..Bila di fikir-fikirkan aku ni macam dah kahwin tapi x ada suami ..hehehe... Cakap pasal kahwin, makcik2 kat kampung aku ni asyik tanya bila nak Kahwin??? Perlu ke aku jawab?? Aku baru masuk 20 tahun walaupun bulan 9 nanti baru genap 20 tahun tapi aku rasa terlalu awal la...Kakak aku yang no.4 dia kahwin umur dia 26 tahun.So tak payah la nak cakap2...x suka...Kadang2 kalau geram aku lawan balik..hehe~~ Petang tadi tolong mak buat kuih lidah buaya...wahh!! rasa macam nak patah pinggang aku ni... Esok pula aku x tau apa yang mak nak suruh aku buat lagi...mak memang, x boleh la ku nak duduk senang sikit... Tapi walau apa pun Aku Sayang Kan Mak Aku <3 ^_^